Daerah Istimewa Yogyakarta (atau
Jogjakarta) adalah sebuah provinsi
di Indonesia yang terletak di
bahagian selatan Pulau Jawa dan bersempadan dengan
Provinsi Jawa Tengah di sebelah
utara. Daerah tersebut dilanda oleh bencana gempa bumi pada 27 Mei 2006 yang mengakibatkan 1.2 juta orang tidak memiliki rumah.
Pembahagian pentadbiran
Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta terdiri daripada
empat buah kabupaten dan sebuah kota. Ibu kotanya adalah Yogyakarta. Berikut adalah senarai
kabupaten dan kota di Daerah Istimewa Yogyakarta, berserta ibu kota kabupaten.
Ekonomi
Sebahagian besar ekonomi Yogyakarta disokong oleh pertanian, perdagangan, perindustrian
(industri logam perak, industri wayang kulit, dan industri kraftangan), dan pelancongan.
Merupakan pemandangan yang biasa ketika anda sampai di
Stesen Yogyakarta atau di tempat perhentian bas-bas pelancong, anda akan
disambut oleh banyak pemandu beca tiga roda. Mereka akan menghantar anda ke mana-mana sahaja yang
anda suka seperti kedai baju, kawasan membeli-belah, atau sekadar membeli cenderamata. Anda pun akan berasa hairan bahawa setelah pemandu beca
mengajak anda mengelilingi kota sepanjang hari, mereka hanya meminta bayaran
yang sedikit. Sebenarnya, mereka ternyata sudah mendapat bahagian untung mereka
daripada kedai-kedai yang anda beli barang-barang.
Pemerintahan
Dasar falsafah pembangunan daerah Provinsi Daerah
Istimewa Yogyakarta ialah Hamemayu Hayuning Bawana sebagai cita-cita yang mulia
untuk menyempurnakan tata nilai kehidupan masyarakat Yogyakarta berdasarkan
nilai budaya daerah yang perlu dikekalkan dan dikembangkan.
Pemerintahan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta
dimulakan pada tahun 1950 melalui UU Nombor 3 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah Istimewa Yogyakarta oleh
negara bahagian Republik Indonesia (Yogyakarta). Namun asal usul Daerah
Istimewa Yogyakarta dapat dirunut mulai dari tahun 1945, diawali dengan maklumat/mandat Sultan Hamengkubuwono IX dan Paku Alam VIII secara berasingan
terhadap penggabungan kedua-dua daerah ke dalam Republik Indonesia.
Pendidikan
Kota Yogyakarta selain daripada dijuluki sebagai Kota Gudeg, juga dijuluki sebagai Kota Pelajar. Di kota ini,
terdapat Universiti Gadjah Mada (UGM), universiti negeri yang tertua di Indonesia, serta
juga berbagai-bagai universiti swasta terkenal yang lain seperti UPN
"Veteran", AMIKOM, STIE SBI, Universiti Kristian Duta Wacana (UKDW), Universiti Islam
Indonesia (UII) yang merupakan universiti swasta tertua di
Indonesia, dan Universiti
Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), selain daripada Institut
Kesenian Indonesia (ISI) dan Universiti Negeri
Yogyakarta (UNY). Sebahagian besar penduduk di kota ini dikatakan
memiliki pendidikan sehingga peringkat SMU.
Pengangkutan
Stesen kereta api
Yogyakarta.
Pengangkutan yang ada di Yogyakarta terdiri dari
pengangkutan darat (bas awam, teksi, kereta api, andhong
(kereta berkuda), dan beca) serta pengangkutan
udara (kapal terbang). Jalan-jalan raya di
Yogyakarta kini sudah lebih rapi dan bersih, berbanding dengan tahun-tahun
terdahulu kerana komitmen pemerintah daerah Yogyakarta untuk menjadikan
Yogyakarta sebagai sebuah kota pelancongan (terbukti dengan ditempatkannya
sebuah TV raksasa di salah satu jalan raya Yogyakarta serta juga papan stesen
kereta api). Walaupun demikian, jalan-jalan raya di Yogyakarta masih sering
mengalami kesesakan lalu lintas.
Kebudayaan
Yogyakarta masih sangat amat dipengaruhi oleh kebudayaan
Jawanya. Seni dan budaya merupakan sebahagian yang tidak terpisah daripada kehidupan
masyarakat Yogyakarta. Sejak dari masa kanak-kanak sehingga kedewasaan,
masyarakat Yogyakarta sering menyaksikan dan mengikuti berbagai-bagai acara
kesenian dan kebudayaan di kota ini. Bagi masyarakat Yogyakarta, setiap tahap
kehidupan mempunyai erti tersendiri, dengan tradisi merupakan sesuatu hal yang
penting yang masih diamalkan sehingga saat ini. Tradisi juga pasti tidak lepas
daripada kesenian yang disajikan dalam upacara-upacara tradisi tersebut.
Kesenian yang dimiliki masyarakat Yogyakarta sangatlah beragam. Kebudayaan khas
di Yogyakarta termasuk pementasan ketoprak, jathilan, dan wayang kulit, antara lain.
Destinasi pelancongan
Destinasi pelancongan yang menarik di Yogyakarta
termasuk:
- Malioboro
- Istana
Air Taman Sari
- Monumen
Jogja Kembali
- Muzium Keraton, Muzium Sonobudoyo
- Lereng Merapi
- Kaliurang
- Pantai Parangtritis, Pantai Baron, Pantai Samas
- Gua Selarong
- Candi Prambanan, Candi Sewu, dan Candi Mendut.
Yogyakarta terkenal dengan makanan yang enak, murah,
berkhasiat sekaligus menimbulkan nostalgia orang-orang yang pernah singgah atau
tinggal di kota ini. Terdapat juga gerai-gerai angkringan dengan:
- menu-menu khas mahasiswa
- mi godhog di Pojok Beteng
- sate arnab di Kaliurang serta sate karang di Kotagedhe
- jadah Mbah Carik
- sego abang Njirak Gunung Kidul
dan banyak lagi tempat makan pelancong yang lain.
0 comments:
Post a Comment